SELAMAT HARI RAYA

Author: Zas Food Cake // Category:



Alhamdulillah

hari nie buat pertama kali nya..blog ini mendapat catatan...
SELAMAT HARI RAYA buat semua dari kami ZAS FOOD kek dan bakeri
tahun ini merupakan tahun raya yang agak sibuk bagi zas food...di bulan puasa zas food sibuk menyiapkan tempahan kueh raya dari pelanggan.. ini merupakan tahun pertama zas food mengambil tempahan kueh raya..syukur kerana kami dapat menyiapkan semua tempahan seminggu sebelum raya....sampai biskut raya sendiri pun kena cilok dari clients hehe..dah bising si twins bila tgk biskut raya umah sendiri masih belum di buat lagi...hehe

seminggu selepas raya pulak....zas food sibuk menyiapkan tempahan cup cake untuk sebuah majlis perkahwinan di melaka..oder datang dari cikgu ida...syukur juga...semua cup cake yg di oder berjumlah 1200 bungkus siap di buat..dan hari ini cikgu ida akan datang rumah ambil tempahan nya...

hampir 2 tahun zas food di tubuhkan...kami berasa bersyukur kerana sepanjang hampir 2 tahun ini..cup cake keluaran zas food telah menerima tempahan untuk majlis perkahwinan sebanyak 6 majlis perkahwinan..jika di kira jumlah biji untuk setiap cup cake yg di tempah melebehi 10ribu biji...

selain dari majlis perkahwinan..zas food juga menerima tempahan dari client untuk sebarang majlis seperti...majlis murhaban...majlis hari jadi.

kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan zas food.. sekali lagi kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN seandainya ada tersilap kata dan terkasar bahasa dari kami.

INSYAALLAH kita akan bertemu lagi di lain catatan...buat masa nie...cukuplah kot...selingan pertama nie..hehe...kami akan updated selalu blog ini dengan pelbagai tawaran dan keluaran produk dari ZAS FOOD kek dan bakeri



SALAM PERKENALAN